Langkah ini merupakan strategi penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras amalan pembuangan sampah di merata-rata tempat dan jalan awam.

PKM ini menumpukan kepada kerja-kerja pembersihan menyeluruh merangkumi siar kaki, jalan awam, sistem saliran (scupper drain), tandas awam, dan kawasan pantai.

Ia telah dilaksanakan secara serentak di enam buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan, dan Johor.

Sehingga kini, SWCorp telah mengeluarkan sebanyak 1,342 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK), melibatkan 1,058 warganegara tempatan dan 284 warganegara asing.

“Tangan yang membuang sampah, tangan tersebut yang perlu membersihkan.”

Jika tabiat membuang sampah kecil ini tidak dibendung, maka ia akan menyumbang kepada masalah besar seperti longkang tersumbat yang menjejaskan keselesaan komuniti setempat dan mengakibatkan banjir kilat di kawasan bandar.

Jangan kita buang puntung rokok, tisu, atau tin minuman di merata-rata tempat kerana ia bukan saja mencemarkan alam sekitar, malah menjatuhkan imej negara.

Malaysia Bersih, Rakyat Sejahtera.