Kerajaan Perlu jawab dakwaan Tengku Razaliegh bahwa Bank Negara rugi RM32 billion
13-1-2010, Ipoh, Perak
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menggesa kerajaan mengumumkan samada dakwaan bekas Menteri Kewangan Negara, Tengku Razaliegh Hamzah bahawa Bank Negara telah mengalami kerugian serius setinggi RM32 billion dalam urusan matawang asing dalam tempoh enam(6) bulan yang lepas adalah benar supaya kepentingan Negara dapat dipertahankan.
Nga Kor Ming yang juga merupakan Timbalan Bendari Agong DAP hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa dalam wawancara bersama Singapore’s New Straits Times, Tengku Razaligh Hamzah telah mendedahkan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengalami kerugian parah sebanyak RM32 billion kerana terlibat dengan aktiviti spekulasi matawang asing. Seandainya dakwaan tersebut benar, jumlah kerugian tersebut adalah lebih kurang sama dengan belanjawan 100 tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan impaknya kepada pembangunan Ekonomi Negara adalah amat besar.
Nga berkata, atas kemungkaran dan kegiatan rasuah yang serius, kini Malaysia telah terpaksa menanggung ledakan Hutang Negara yang menggunung sebanyak RM363 billion, iaitu setiap warganegara terpaksa menanggung hutang sebanyak RM13,446 setiap orang.
Kerajaan pada tahun 2009 juga terpaksa mengalami belanjawan defisit 13 tahun berturut-turut dan jumlah deficit sebanyak RM51.1 billion adalah jumlah deficit yang paling besar sejak tahun 1984. Sekiranya dakwaan Tengku Razaleigh kepada media luar Negara tidak dijelaskan, ia akan menjatuhkan imej Negara dan menakutkan pelaburan asing yang kini nampak menguncup.
Nga mengulas, mengikut laporan The Financial Times yang bertapak di London, kajian Bank UBS dari Swistzeland menunjukkan bahawa Malaysia adalah Negara yang mengalami penarikan pelaburan asing yang paling seitus di antara semua Negara di benua Asia pada tahun 2009. Dakwaan Tengku Razaleigh adalah satu lagi tamparan hebat kepada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan merupakan petanda keruntuhan kuasa pemerintahan yang kian lemah.
Nga Kor Ming berkata kepada media selepas menghadri kempen pendaftaran pengundi baru di Taiping Central Plaza hari ini anjuran Pusan Khidmat masyarakat DAP. Turut hadir adalah ADUN Aulong, Yawa Tian Woh dan ADUN Pokok Assam, Yee Seu Kai.
(Gambar) Nga Kor Ming berjabat tangan dengan pengundi yang baru berdaftar dan mengalu-alukan semua rakyat yang mencapai umur 21 tahun mendaftar dengan segera.
Related posts:
- Berita : YB Nga Kor Ming : Demi banteras rasuah, Rakyat berhak tahu ke mana perginya jumlah RM592 billion sumbangan dari PETRONAS
- Dewan Negara perlu rombakan segera Adakan pilihanraya demi integeriti dan imej Negara
- Kerajaan digesa supaya mempertimbangkan semula pengenaan cukai RM50 ke atas setiap kad kredit mulai 1/1/2010 dan perlaksanaan cukai baru Goods & Sales Tax (GST) supaya tidak membebankan rakyat jelata khususnya ketika Negara masih dalam keadaan kekuncupan ekonomi. Pembatalan subsidi beras, gula dan minyak mulai tahun depan juga jelas akan membebankan rakyat khususnya warga kampung yang miskin.
- YB Nga Kor Ming dakwa kerajaan Negeri Boros menyebabkan rakyat miskin
- YB Nga Kor Ming : DAP MENGUTUK KERAS TINDAKAN BAKAR SURAU

