Soalan Parlimen oleh YB Tuan Nga Kor Ming untuk persidangan Dewan mulai 12-3-2012

  • Share
  • Sharebar
  • Share

 

SOALAN DEWAN RAKYAT

Kepada :

 

1.Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, Malaysia

 

Yang Berhagia Dato Roosme Bte Hamzah

 

Fax /Tel : 03-20704676

 

2. Pejabat Cawangan perundangan, Bahagian Pengurusan Dewan

 

Encik Wan Kamarul Ariffin Bin Wan Ibrahim

 

Fax : 03-20317972

SOALAN PERSIDANGAN PARLIMEN SESSI MULAI 12/03/2012

OLEH YB TUAN NGA KOR MING-KAW TAIPING (P60)

 

SOALAN LISAN

 

1. MINTA YAB PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan  dan langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk membina sebuah Universiti di Taiping, membaik semula Pasar Awam Taiping yang merupakan warisan Sejarah serta projek membina kereta kabel(Cable Car) di Maxwell Hill, Taiping.

 

2.         MINTA YB MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci kedudukan terkini jumlah hutang Negara, kos membayar hutang negara dan semua contingent liabilities yang perlu ditanggung oleh kerajaan setakat Februari, 2012.

 

3.         MINTA YB MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci nama syarikat, berapakah jumlah kos pembinaan Lapangan terbang Kuala Terengganu serta kos sampingan terlibat termasuk variation order(vo)projek awam tersebut.

 

4.         MINTA YB MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci rancangan dan kos yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Barat(Western coastal Highway) sepanjang 316 km dari Banting ke Taiping yang dilaporkan akan mengadakan kutipan TOL selama 60 tahun. 

 

5. MINTA YB MENTERI PERTANAHAN menyatakan secara terperinci rancangan kerajaan membelanja RM9 billion untuk membeli 6 Offshore Patrol Vessels(OPVs) dan samada tender antarabangsa pernah dilaksanakan serta sebab-sebab perolehan kapal pertahanan tersebut.

 

6.         MINTA YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN menyatakan apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan kelewatan mengeluarkan hakmilik strata kepada pemilik rumah pangsa dan bangunan bertingkat yang semakin hari semakin bertambah bilangannya di tanahair kita.

 

7.         MINTA YB MENTERI SUMBER TENAGA HIJAU & SUMBER ASLI menyatakan secara terperinci perkembangan terbaru rancangan kerajaan untuk mengesyorkan dua buah loji tenaga nuklear di Negara ini serta jumlah bajet yang terlibat.

 

8. MINTA YB MENTERI PERDAGANGAN NEGERI, KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA berapakah subsidi gula, minyak dan tepung yang diberi untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 serta jumlah kos kontrak pembelian gula import yang ditandatangani pada Januari, tahun ini.

 

9.         MINTA YB MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI senaraikan nilai sebenar kos perbelanjaan secara terperinci termasuk pembinaan tugu-tugu, iklan-iklan serta fee perlantikan consultant yang terlibat untuk mempromosikan kempen slogan “1 MALAYSIA.”

 

10. MINTA YB MENTERI PELAJARAN menyatakan secara terperinci kedudukan terkini pembinaan 6 buah sekolah SRJK(c) baru dan permindahan 13 SRJK (c) lama ke tapak baru yang diumumkan pada 30-1-2008 oleh Menteri Pelajaran ketika itu.

 

SOALAN BERTULIS

 

1.         MINTA YAB PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah kos lawatan luar negeri yang melibatkan YAB Perdana Menteri, YAB first lady dan YB Menteri-menteri mengikut kementerian masing-masing dari 1/1/2008 hingga  hari ini.

 

2.         MINTA YB MENTERI KEWANGAN MENYATAKAN jumlah kos perbelanjaan terlibat untuk Pembelian, penyelenggaraan dan penambaikan kapat terbang jet rasmi Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh 10 tahun ini.

 

3. MINTA YB MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membina Lapangan Terbang baru di Bagan Serai, Perak dan membina perlaburan terminal perlancongan Asia Tenggara di Lumut, Perak?

 

4.         MINTA YB MENTERI KEWANGAN senaraikan satu per satu sumbangan Petronas kepada kerajaan Malaysia sejak penubuhannya dari tahun 1974 hingga kini.

 

5.         MINTA YB MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kos terlibat secara teliti dalam memberi RM500 untuk skim Bantuan 1 Malaysia dan mengapa ada pihak bergelaran Dato juga layak untuk mendapat bantuan tersebut.

 

Soalan ini disediakan oleh Pejabat Ahli Parlimen Taiping.

YB Tuan Nga Kor Ming

Tel : 05-2432445/6  Fax : 05-2432443

16/2/12

Dear my friends, all of u can do a lot of things & be part of the team. It will make a difference!

First, help to "Share" and "Like" our contents in Facebook or other social networking to create viral spread of information.

Get all your friends to join Nga Kor Ming Fans Page at http://facebook.com/davidngakorming

Help to post or publish our contents in Forum (Cari,Lowyat,JBtalk etc) or your own website.

Link our website "http://www.ngakorming.com/bm" to your blog/website/social networking.

Mobilize all your friends & relatives to register as voters and vote against BN.

Join DAP as members and subscribe to The Rockets to help disseminating info.

Take out the responsibility to put your thought for alternative media etc.

In short, there is a will, there is a way. Thanks!

Nga Kor Ming

Related posts:

  1. Soalan Dewan Rakyat oleh YB Tuan Nga Kor Ming sempena persidangan Mac, 2011‏
  2. Soalan Persidangan Parlimen oleh Ahli Parlimen Taiping YB Tuan Nga Kor Ming‏
  3. Soalan Dewan Negeri Perak oleh YB Pantai Remis-Tuan Nga Kor Ming sempena persidangan April, 2011‏
  4. Soalan Dewan Rakyat oleh YB Nga Kor Ming sempena persidangan Oktober, 2010‏
  5. Soalan Dewan Negeri Perak untuk sesi mulai 21/11/2011‏

Readers Comments (2)

  1. Can’t wait to see your debate MP Nga!

  2. 国整就像赌场,吃多赔少。给你一粒糖(大选才给哦),收你一件厂。国整能做的好事,反对党都能做(做的更好哦,看看槟城),国整的衰也,反对党不会也不敢做。你说大选选谁?





Paling Popular

Have you read this?

Archives

eXTReMe Tracker