Ceramah Mat Sabu disambut hangat lebih 6,000 orang di Bukit Jana, Taiping

 

(TAIPING 9-9-2011)

Lebih 6,000 warga Taiping membanjiri Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Bukit Jana disini sehingga kereta penuh sesak lebih tiga kilometer.

 

Ceramah Perdana yang membariskan Tokoh pemimpin handalan seperti Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang turut diberi gelaran “Mat Sabu DAP” Berjaya menarik rakyat dari berbilang kaum seolah-olah pesta muhibah dan perpaduan Nasional yang sebenar.

 

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming ketika berucap berkata, kehadiran begitu ramai rakyat dari pelbagai kaum terbukti Pakatan Rakyat kini telah Berjaya mewujudkan lanskap politik Negara yang baru. Beliau berkata, kini UMNO-BN telah ketandusan idea dan oleh kerana itu terpaksa memakai taktik kotor dengan kempen fitnah untuk menghina sifat pemimpin PR walaupun serangan peribadi yang bersifat politik akhirnya semua terbukti palsu dan remeh.

 

Nga Kor Ming berkata, UMNO mengecam Mat Sabu cuba bela komunis tetapi adalah fakta umum Setiausaha Agong UMNO, Dato Seri Tengku Adnan Bin Mansor telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Komunis Cina di Beijing pada tahun 2010. Selain itu, Parti Komunis Cina yang merupakan Bapa kepada Parti Komunis Malaya(PCM) adalah tetamu kehormat khas di Perhimpunan Agong UMNO atas jemputan parti tersebut. Ini terbukti UMNO bersikap talam dua muka dan cuba memperdayakan rakyat dengan usaha licik yang cukup Hipokrit.

 

Nga yang juga merangkap Timbalan Bendahari Agong DAP berkata, nasib orang Melayu akan dibela jika PR memimpin Putrajaya menjelang PRU-Ke 13 kerana kini kebanyakan kekayaan Negara diranggul oleh segelintir kroni besar UMNO sahaja. “Rekod Jabatan Perdana Menteri sendiri mengakui Perak kini telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling ramai keluarga miskin diseluruh Negara dengan 192,000 buah keluarga dalam negeri Perak mempunyai purata pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Jika tidak ubah sekarang, bila lagi?” Beliau memesan kepada warga rakyat supaya gantikan BN dengan PR sebelum Negara muflis dengan hutang Negara yang kini telah mencecah paras lebih RM408 billion sekarang. Dengan kata lain, setiap rakyat Malaysia terpaksa membayar hutang RM15,000 seorang atas kesilapan pentadbiran UMNO-BN.

 

Mat Sabu diberi sambutan wira

Panas dengan isu Mat Indera, Mohammad Bin Sabu yang lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu ketika berucap berkata, sejarah dan tokoh  kemerdekaan bukan terhad kepada ukiran atau lakaran UMNO sahaja. Selain dari Dato Onn Jaafar, tokoh lain seperti Dr Buharddin, Ahmad Bostaman, Mat Kilau, Tok Janggut termasuk Mat Indera perlu diberikan catatan sejarah yang setimpal dan adil dengan sumbangan serta pengorbanan mereka. Beliau mendedahkan walaupun Mat Indera difitnah sebagai pengganas Komunis, tetapi Kerajaan Johor telah menerbitkan buku “Pengukir Nama Johor” dengan memuji sumbangan beliau sebagai pejuang kemerdekaan. Penaung Buku tersebut adalah Menteri Besar Johor sendiri, iaitu Dato Seti Abdul Gani. Ini sekali lagi terbukti kini UMNO menggali lubang lompat sendiri.

 

Mat Sabu kata, BN memperkudakan media arus perdana khususnya lidah UMNO, Utusan Malaysia mengecam beliau bertubi-tubi selama lebih 13 hari termasuk hari pertama Hari Raya Aidilfitri walaupun ajaran Islam menyuruh sifat maaf bermaafan sempena musim Bulan Syawal.

 

Beliau berkata, laporan RTM dan media arus perdana lain tidak memberikan gambaran sebenar dan beliau memberi amaran akan mengambil tindakan Mahkamah saman malu terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab dan sengaja memutar belit ucapan beliau.

 

Sebelum ini kedatangan Mat Sabu disambut hangat oleh para hadirin dan jelas kempen mengkutuk Mat Sabu tidak menggugatkan popularity beliau yang kini semakin menyerlah.   Antara pemipin PR lain yang turut hadir termasuk Naib Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustas Misbahul Munir, ADUN Aulong, Yew Tian Who, Pesuruhjaya PAS Parlimen Taiping, Ustaz Pakaruddin dan lain-lain.

(Gambar 1) Mat Sabu lantang berucap.

(Gambar 2) Nga Kor Ming berpidato dengan penuh bergaya.

(Gambar 3,4 dan 5) Lebih 6,000 orang hadir membanjiri tapak ceramah di Bukit Jana, Taiping. Sambutan hangat amat memberangsangkan.

Dear my friends, all of u can do a lot of things & be part of the team. It will make a difference!

First, help to "Share" and "Like" our contents in Facebook or other social networking to create viral spread of information.

Get all your friends to join Nga Kor Ming Fans Page at http://facebook.com/davidngakorming

Help to post or publish our contents in Forum (Cari,Lowyat,JBtalk etc) or your own website.

Link our website "http://www.ngakorming.com/bm" to your blog/website/social networking.

Mobilize all your friends & relatives to register as voters and vote against BN.

Join DAP as members and subscribe to The Rockets to help disseminating info.

Take out the responsibility to put your thought for alternative media etc.

In short, there is a will, there is a way. Thanks!

Nga Kor Ming

Related posts:

  1. DAP Taiping catat sejarah beri derma kepada 1,000 orang warga emas‏
  2. DAP Bongkar Hipokrit UMNO tandatangan perjanjian kerjasama dengan Komunis China‏
  3. Nga membidas kumpulan UMNO yang menghina agama Hindu dengan membawa kepala Lembu membuat demonstrasi atas jalan serta membawa sepanduk gambar-gambar pemimpin DAP serta berlagak kencing dimuka pemimpin DAP dikhalayak orang ramai.
  4. KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TAIPING YB NGA KOR MING
  5. Rakyat harus menolak budaya Bohong BN demi integriti Negara‏

Readers Comments (2)

  1. Unlease the people’s power for the 13th GE!!!





Paling Popular

Have you read this?

Archives

eXTReMe Tracker