Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menyeru semua pemimpin politik Negara ini berusaha untuk memupuk semangat nasionalisme dengan merentasi benteng perkauman, agama, budaya serta fahaman politik demi kepentingan Negara. Rakyat sudah bosan dengan mainan politik perkauman dan mahu pemimpin politik menumpukan focus kepada agenda pembangunan Negara yang jauh lebih penting.
Nga Kor Ming hari ini merasmikan Upacara Berkhatan secara beramai-ramai yang julung kali dianjurkan oleh DAP Taiping berkata, “gagasan “1 Malaysia” dan slogan Tourism Malaysia-“Malaysia Truly Asia” tidak seharusnya tinggal janji kosong dan propaganda politik sahaja.” Ia harus membawa erti sebenar dimana semua kaum dalam Negara ini diberi layanan yang adil dan saksama atas semangat Bangsa Malaysia. Tanahair kita dalam amalan harian harus mencerminkan keunikan budaya benua Asia yang peramah, berbudi-bahasa, cintakan keamanan dan saling hormat-menghormati. Beliau berkata, ketika Negara serantau sedang bangkit dengan pembangunan pesat, adalah penting pemimpin politik jangan membazirkan masa membakar atau memijak pemimpin parti lain. Rakyat sudah bosan dengan mainan politik perkauman dan mahu pemimpin politik menumpukan focus kepada agenda pembangunan Negara yang jauh lebih penting. Usaha licik pihak yang cuba meniup api perkauman akhirnya akan membawa parah kepada semua pihak dan merugikan Negara.
“Melayu adalah bangsa yang berbudi-bahasa, peramah, bijak dan mengenang budi, mereka yang pijak kepala lembu dan membakar gambar pemimpin parti lain tidak layak mewakili Bangsa yang disegani ini.”Nga menegaskan.
Nga Kor Ming berkata demikian dalam Upacara berkhatan secara beramai-ramai yang pertama kali dianjur dan ditaja oleh DAP kawasan Parlimen Taiping di perkarangan Masjid Kampung Expo di Kamunting, Taiping. Upacara berkhatan tersebut menyaksikan seramai 75 orang pelajar termasuk anak-anak ahli UMNO telah menjalani upacara suci dengan penuh istiadat.
Nga yang juga ADUN Pantai Remis ketika merasmikan upacara penuh bersejarah tersebut berkata, kejayaan Majlis Bekhatan tersebut terbukti perjuangan DAP bersama PAKATAN RAKYAT adalah untuk semua bangsa dan Agama. Beliau berkata, DAP menghormati Islam dan mementingkan pendidikan rohani seiring dengan prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. Tohmahan bahawa DAP adalah parti anti Islam dan Melayu jelas meleset kerana DAP PERAK sahaja turut mempunyai 5 cawangan yang Ahlinya sepenuhnya orang Melayu. Sebelum itu, sempena bulan Ramadan tahun ini, DAP juga menganjurkan Majlis Berbuka Puasa secara besar-besaran dikawasan Masjid. Kejayaan majlis sedemikian semakin mempamerkan kerjasama dan perpaduan erat antara PAS, DAP dan PKR dibawah payung yang sama.
Nga berkata, beliau adalah Ahli Parlimen yang mewakili semua pengundi tanpa mengira kaum dan Agama dan beliau telah membuktikan komitmen tersebut dengan usaha ikhlas memenangi sokongan rakyat. “Saya tolong orang Melayu, Cina, India dan mana-mana kaum sahaja kerana mereka semua adalah anak Malaysia.”beliau berulang.
Majlis penuh istiadat tersebut dimulakan dengan doa, kemudian disusuli dengan perarakan Kompang, majlis menyiram Air dan berakhir dengan jamuan ringan. Antara pemimpin yang hadir termasuk ADUN kawasan Aulong, YB Yew Tian Hoe, ADUN Pokok Assam, YB Yee Seu Kai, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr Khairuddin Bin Dato Abdul Malek, Pengerusi Jawatankuasa penganjur, Ibrahim Ismail dan AJK PAS Taiping, Ustaz Mohd Nor.

(Gambar 1) YB Nga Kor Ming diringi pasukan kompang mengambil bahagian dalam Majlis perarakan mengelilingi Masjid.

(Gambar 2) YB Nga Kor Ming dan Dr Khairuddin Bin Dato Abdul Malek dalam sessi gambar bersama pelajar-pelajar yang akan menjalani upacara berkhatan.

(Gambar 3) YB Nga Kor Ming merasmikan upacara berkhatan dengan menyirami Air sambil dibantu oleh pasukan Bomba dan Keselamatan.
Related posts
- KTM to have six more train services in Ipoh
- 要求解散州議會‧打昔打邁行動黨燭光請願
- 拒絕2州席補選‧選委會開危險先例
- 纳吉政府漠视2010年世界新闻自由日,因为大马正处在纳吉决定是否回到马哈迪式媒体黑暗期的十字路口上
- Press statement by Chief Menister Lim Guan Eng
- 政府朝令夕改致业者罢市 藍箱遭壟断消费者遭殃
- 行动党挑战国陣仿效梹政府 落实民主第三票
- 新经济模式只有政策架构 没有具体内容令人民失望
- ‘From Sibu to Putrajaya’
- 国防危机动摇国本







