Nga membidas kumpulan UMNO yang menghina agama Hindu dengan membawa kepala Lembu membuat demonstrasi atas jalan serta membawa sepanduk gambar-gambar pemimpin DAP serta berlagak kencing dimuka pemimpin DAP dikhalayak orang ramai.

Author: admin  |  Category: Blog
  • Share
  • Sharebar
  • Share

DAP PERAK hari ini menyifatkan perbuatan kumpulan yang buat demonstrasi di depan ibu pejabat parti ini pada hari Ahad sebagai perbuatan “budak-budak nakal” yang ketinggalan zaman dan anggap perkara sedemikian sebagai bahan ketawa.

Setiausaha Negeri DAP, YB Nga Kor Ming hari ini mengeluarkan kenyataan media merujuk kepada tindakan sekumpulan lebih kurang 80 orang yang buat demonstrasi di ibu pejabat semalam berkata, kumpulan tersebut menggelar diri mewakili seluruh rakyat Malaysia tetapi datang dengan tuntutan penuh hasad dengki dan sentimen perkauman, kumpulan tersebut menuduh DAP “Biadap” dan mendakwa DAP menjadikan tanahair huru-hara. Sebelum itu, Gagasan Melayu Perak yang mendokong UMNO juga membuat himpunan haram didepan ibu pejabat DAP menuntut Ahli Parlimen Ipoh Barat YB M Kula serahkan kerakyatan beliau dan tinggalkan Negara ini. Bagaimanapun, yang lucu adalah memo yang dihantar adalah tanpa sebarang tandatangan malahan dikatakan salinan diberi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Nga berkata, tindak-tanduk kumpulan tersebut jelas melanggar undang-undang dan ketinggalan zaman. Mereka sanggup membawa diri rela ditipu oleh laporan sesetengah media arus perdana yang palsu dan degil enggan mendengar penjelasan.

Ahli Parlimen TAIPING itu mengulas, “Susah nak bayang pada zaman internet abad ke-21 kini masih ada manusia yang sanggup percaya kepada kisah palsu yang tidak berasas.”

Nga menegaskan bahawa beliau mengalu-alukan segala usaha kerajaan memartabatkan Islam dan hanya memohon kerajaan memberi layanan lebih adil kepada rumah ibadat agama lain di parlimen supaya mengatasi masalah social masyarakat dan mendokong prinsip pertama RUKUNEGARA, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

Nga membidas kumpulan UMNO yang menghina agama Hindu dengan membawa kepala Lembu membuat demonstrasi atas jalan serta membawa sepanduk gambar-gambar pemimpin DAP serta berlagak kencing dimuka pemimpin DAP dikhalayak orang ramai. Ia adalah muslihat licik UMNO untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan tindakan terdesak UMNO tersebut jelas memperlihatkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.

Nga Kor Ming

21-12-2009

Ahli Parlimen Taiping/ADUN PANTAI REMIS




Related posts

coded by nessus

Leave a Reply

eXTReMe Tracker