Nga membidas kumpulan UMNO yang menghina agama Hindu dengan membawa kepala Lembu membuat demonstrasi atas jalan serta membawa sepanduk gambar-gambar pemimpin DAP serta berlagak kencing dimuka pemimpin DAP dikhalayak orang ramai.

DAP PERAK hari ini menyifatkan perbuatan kumpulan yang buat demonstrasi di depan ibu pejabat parti ini pada hari Ahad sebagai perbuatan “budak-budak nakal” yang ketinggalan zaman dan anggap perkara sedemikian sebagai bahan ketawa.

Setiausaha Negeri DAP, YB Nga Kor Ming hari ini mengeluarkan kenyataan media merujuk kepada tindakan sekumpulan lebih kurang 80 orang yang buat demonstrasi di ibu pejabat semalam berkata, kumpulan tersebut menggelar diri mewakili seluruh rakyat Malaysia tetapi datang dengan tuntutan penuh hasad dengki dan sentimen perkauman, kumpulan tersebut menuduh DAP “Biadap” dan mendakwa DAP menjadikan tanahair huru-hara. Sebelum itu, Gagasan Melayu Perak yang mendokong UMNO juga membuat himpunan haram didepan ibu pejabat DAP menuntut Ahli Parlimen Ipoh Barat YB M Kula serahkan kerakyatan beliau dan tinggalkan Negara ini. Bagaimanapun, yang lucu adalah memo yang dihantar adalah tanpa sebarang tandatangan malahan dikatakan salinan diberi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Nga berkata, tindak-tanduk kumpulan tersebut jelas melanggar undang-undang dan ketinggalan zaman. Mereka sanggup membawa diri rela ditipu oleh laporan sesetengah media arus perdana yang palsu dan degil enggan mendengar penjelasan.

Ahli Parlimen TAIPING itu mengulas, “Susah nak bayang pada zaman internet abad ke-21 kini masih ada manusia yang sanggup percaya kepada kisah palsu yang tidak berasas.”

Nga menegaskan bahawa beliau mengalu-alukan segala usaha kerajaan memartabatkan Islam dan hanya memohon kerajaan memberi layanan lebih adil kepada rumah ibadat agama lain di parlimen supaya mengatasi masalah social masyarakat dan mendokong prinsip pertama RUKUNEGARA, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

Nga membidas kumpulan UMNO yang menghina agama Hindu dengan membawa kepala Lembu membuat demonstrasi atas jalan serta membawa sepanduk gambar-gambar pemimpin DAP serta berlagak kencing dimuka pemimpin DAP dikhalayak orang ramai. Ia adalah muslihat licik UMNO untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan tindakan terdesak UMNO tersebut jelas memperlihatkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.

Nga Kor Ming

21-12-2009

Ahli Parlimen Taiping/ADUN PANTAI REMIS

Dear my friends, all of u can do a lot of things & be part of the team. It will make a difference!

First, help to "Share" and "Like" our contents in Facebook or other social networking to create viral spread of information.

Get all your friends to join Nga Kor Ming Fans Page at http://facebook.com/davidngakorming

Help to post or publish our contents in Forum (Cari,Lowyat,JBtalk etc) or your own website.

Link our website "http://www.ngakorming.com" to your blog/website/social networking.

Mobilize all your friends & relatives to register as voters and vote against BN.

Join DAP as members and subscribe to The Rockets to help disseminating info.

Take out the responsibility to put your thought for alternative media etc.

In short, there is a will, there is a way. Thanks!

Nga Kor Ming

Related posts:

  1. DAP anjur upacara khatan beramai-ramai. DAP berhasrat mendekati masyarakat Melayu dan menjaga kepentingan semua lapisan rakyat demi membawa pembaharuan dalam reformasi nasional !
  2. Kerajaan digesa supaya mempertimbangkan semula pengenaan cukai RM50 ke atas setiap kad kredit mulai 1/1/2010 dan perlaksanaan cukai baru Goods & Sales Tax (GST) supaya tidak membebankan rakyat jelata khususnya ketika Negara masih dalam keadaan kekuncupan ekonomi. Pembatalan subsidi beras, gula dan minyak mulai tahun depan juga jelas akan membebankan rakyat khususnya warga kampung yang miskin.
  3. KERNYATAAN MEDIA
  4. ‘Saya akan besarkan anak kami’
  5. BN Mengguna Tektik Kotor


Readers Comments (0)





Dear my friends, all of u can contribute & be part of the team. It will make a difference! 1st, help to “Share” & “Like” our contents in FB to disseminate information. 2nd,get all your friends to join http://facebook.com/davidngakorming TQ

Dear my friend, if u c my tweet or message,kindly help to add share & like to send out the message to whoever u know.Your help is needed,TQ.

Have you read this?

facebook.com/davidngakorming

eXTReMe Tracker