Kerajaan digesa supaya mempertimbangkan semula pengenaan cukai RM50 ke atas setiap kad kredit mulai 1/1/2010 dan perlaksanaan cukai baru Goods & Sales Tax (GST) supaya tidak membebankan rakyat jelata khususnya ketika Negara masih dalam keadaan kekuncupan ekonomi. Pembatalan subsidi beras, gula dan minyak mulai tahun depan juga jelas akan membebankan rakyat khususnya warga kampung yang miskin.

KERNYATAAN MEDIA

(Pantai Remis 16-12-2009)

Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming hari ini menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pengenaan cukai RM50 ke atas setiap kad kredit mulai 1/1/2010 dan perlaksanaan cukai baru Goods & Sales Tax (GST) supaya tidak membebankan rakyat jelata khususnya ketika Negara masih dalam keadaan kekuncupan ekonomi. Selain itu, pembatalan subsidi beras, gula dan minyak mulai tahun depan juga jelas akan membebankan rakyat khususnya warga kampung yang miskin.

Nga Kor Ming yang juga merupakan ADUN Pantai Remis berkata sedemikian selepas merasmikan Upacara Berkhatan Beramai-ramai tajaan DAP di Kawasan Ayer Tawar bersama dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ust Abu Bakar Hussain. Turut hadir di Majlis bersejarah tersebut termasuk Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat kampung Parlimen Beruas, Tuan Haji Mazlan Bin Yusof serta pemimpin-pemimpin tempatan yang lain.

Nga berkata, oleh kerana kecurangan dan kebocoran dalaman kerajaan, kini kedudukan kewangan kerajaan semakin tertekan. Ledakan Gunung Hutang Negara telah mencecah RM363 billion, iaitu secara purata setiap rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM13,446.00! Selain itu, pendapatan cukai dari PETRONAS juga menjunam sebanyak 53.7% tahun ini sedangkan sebanyak 40% jumlah pendapatan Kerajaan Persekutuan bergantung kepada sumber tersebut. Dengan belanjawan defisit sepanjang 13 tahun berturut-turut, kini kerajaan sedang menghadapi krisis pengurusan kewangan yang tertekan. Memandangkan keadaan itu, Kerajaan mulai tahun depan akan mula mengenakan beberapa cukai baru dan membatalkan beberapa subsidi penting ke atas bahan asas. Keadaan sedemikian dijangka akan membawa kesan buruk kepada rakyat jelata khususnya warga kampung yang miskin.

Nga Kor Ming berkata, pengunaan cukai ke atas kad kredit dan GST adalah tidak adil kepada rakyat jelata.Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan adalah kempen banteras rasuah dan kurangkan pembaziran dan bukan pengenaan cukai baru yang membebankan. Menurut Badan pengurusan kredit dan hutang dibawah naungan Bank Negara, Malaysia kini mempunyai 11.10 juta orang pemegang kad kredit dan antaranya 9.8 juta adalah pemegang kad principal dan bakinya 1.3 juta kad kredit adalah kad supplement. Menurut beliau, setakat September tahun ini, hutang kad kredit tertunggak adalah RM630 juta, iaitu 2.5% sahaja dari jumlah pinjaman kad kredit sebanyak RM25.4 billion. Oleh itu, alasan kerajaan bahawa cukai kad kredit adalah perlu untuk mengatasi masalah pinjaman hutang yang semakin tidak dapat dikawal adalah jelas meleset dan tidak benar.

Atasi kemelut politik untuk pulihkan Ekonomi Negeri

Timbalan Bendahari Agong DAP itu juga berkata, bahawa sejak rampasan kuasa berlaku di Negeri Perak pada Februari tahun ini, Pelabur Asing tidak ada keyakinan terhadap pimpinan Kerajaan Negeri dibawah Dato Seri Zamry Bin Abdul Kadir. Jumlah Pelaburan Asing(FDI) yang mengalir masuk ke dalam negeri Perak jatuh secara mendadak sebanyak 1000%. Jika dibandingkan semasa kerajaan Negeri Perak diterajui oleh Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin, jumlah pelaburan asing yang mengalir masuk dalam Negeri Perak berjaya mencatat rekod tertinggi sebanyak RM3.15 billion manakala pada tahun 2009 jelas Nampak kemerosotan yang ketara sehingga pelaburan asing yang masuk Negeri Perak kini merosot ke jumlah RM400 juta sahaja.

Beliau berkata, “ Dibawah kepimpinan Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin, semua pelabur asing berlumba-lumba MARI, tetapi dibawah pimpinan Zamry, pelabur asing KUAT-KUAT LARI.” Demi pembangunan negeri jangka masa panjang, kerajaan digesa membubarkan Dewan Negeri supaya krisis kemelut politik yang berlarutan dapat diselesaikan secara muktamad.

dsc018961  Kerajaan digesa supaya mempertimbangkan semula pengenaan cukai RM50 ke atas setiap kad kredit mulai 1/1/2010  dan perlaksanaan cukai baru Goods & Sales Tax (GST) supaya tidak membebankan rakyat jelata khususnya ketika Negara masih dalam keadaan kekuncupan ekonomi. Pembatalan subsidi beras, gula dan minyak mulai tahun depan juga jelas akan membebankan rakyat khususnya warga kampung yang miskin.

(Gambar)

YB Nga Kor Ming bersama dengan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Abu Bakar Bin Hussain bergambar bersama dengan kanak-kanak sempena Majlis Berkhatan Beramai-ramai tajaan DAP di Kawasan Ayer Tawar.

Dear my friends, all of u can do a lot of things & be part of the team. It will make a difference!

First, help to "Share" and "Like" our contents in Facebook or other social networking to create viral spread of information.

Get all your friends to join Nga Kor Ming Fans Page at http://facebook.com/davidngakorming

Help to post or publish our contents in Forum (Cari,Lowyat,JBtalk etc) or your own website.

Link our website "http://www.ngakorming.com" to your blog/website/social networking.

Mobilize all your friends & relatives to register as voters and vote against BN.

Join DAP as members and subscribe to The Rockets to help disseminating info.

Take out the responsibility to put your thought for alternative media etc.

In short, there is a will, there is a way. Thanks!

Nga Kor Ming

Related posts:

  1. BN Mengguna Tektik Kotor
  2. KERNYATAAN MEDIA
  3. Nizar brings Pakatan case to Kampung Baru
  4. 1 st Pakatan Rakyat Convention -Shah Alam
  5. The Team serving the rakyat


Readers Comments (0)





Dear my friends, all of u can contribute & be part of the team. It will make a difference! 1st, help to “Share” & “Like” our contents in FB to disseminate information. 2nd,get all your friends to join http://facebook.com/davidngakorming TQ

Dear my friend, if u c my tweet or message,kindly help to add share & like to send out the message to whoever u know.Your help is needed,TQ.

Have you read this?

facebook.com/davidngakorming

eXTReMe Tracker